Rukun asas Perakuan_Hak_1689

Rukun asas Perakuan Hak 1689 adalah:

  • Rakyat England, seperti yang termaktub oleh Parlimen, mempunyai hak politik dan awam yang tidak berubah. Ini termasuklah:
    • kebebasan dari campur tangan diraja dengan undang-undang (Baginda dilarang untuk menubuhkan mahkamah sendiri atau menjadi hakim dengan sendirinya)
    • kebebasan dari cukai khas diraja, tanpa persetujuan Parlimen
    • kebebasan untuk menghantar petisyen kepada Raja
    • kebebasan dari penjagaan tentera ketika aman, tanpa persetujuan Parlimen
    • kebebasan [bagi penganut Protestan] untuk memiliki senjata untuk pertahanan diri mereka, sesuai dengan status darjat dan seperti yang dibenarkan undang-undang
    • kebebasan untuk memilih ahli Parlimen tanpa campurtangan Baginda
    • kebebasan untuk bersuara di Parlimen, iaitu proses dalam Parlimen tidak boleh dipersoalkan di dalam mahkamah atau oleh sesiapa di luar Parlimen itu sendiri (asas kepada keistimewaan parlimen moden)
    • kebebasan dari hukuman yang kejam dan luar biasa, dan ikat jamin yang melampau
    • kebebasan dari denda dan penyitaan tanpa bicara
  • Sesetengah akta James II telah dinamakan khusus dan diisytiharkan tidak sah mulai kini.
  • Pelarian James dari England ketika menjelangnya Revolusi Gemilang dikira melepaskan takhta.
  • Katolik Rom tidak boleh menjadi raja atau permaisuri England memandangkan "adalah mengikut pengalaman bahawa keselamatan dan kebajikan adalah tidak konsisten bagi kerajaan protestan yang ditadbir oleh putera (Katolik) yang terkutuk". Baginda perlu bersumpah Sumpah Pertabalan untuk menjaga agama Protestan.
  • William dan Mary adalah pewaris James.
  • Warisan takhta harus diwariskan kepada waris Mary, kemudian kepada adinda Mary, Puteri Anne dari Denmark dan waris baginda, kemudian kepada mana-mana waris William oleh perkahwinan yang terkemudian.
  • Baginda perlu memanggil Parlimen sentiasa, kemudian dikuatkan dengan Akta Tempoh Tiga Tahun 1694 (Triennial Act 1694).